Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Dadu
2. Butang sebagai penanda untuk setiap pemain
Peraturan permainan:
1. Tentukan giliran pemain.
2. Letakkan semua butang di kotak ‘MULA’.
3. Pemain I mencampakkan dadu dan bergerak mengikut bilangan bintik pada dadu. Dia perlu menyebut nombor yang tertera di petak terakhir.
4. Jika jawapannya betul, Pemain I boleh berhenti di petak tersebut. Jika tidak, dia perlu undur ke petak sebelumnya.
5. Seterusnya Pemain 2 mengambil giliran.
6. Aturan yang sama diulang oleh pemain yang lain hingga selesai permainan.
7. Pemain yang paling awal tiba di petak ‘TAMAT’ dikira sebagai pemenang.
SELAMAT MENCUBA !
No comments:
Post a Comment